Friday, November 12, 2010

Bloggers & Facebookers Sekalian : Jom...Kami Prihatin.

Dr Novandri Hasan Basri


Di sini penulis ingin memanjangkan satu usaha murni anjuran suratkhabar Utusan Malaysia iaitu kempen 'kami prihatin'. Kempen tersebut adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Pada pandangan penulis, media alternatif seperti blog dan FaceBook juga boleh membantu Utusan Malaysia dengan memulakan kempen 'kami prihatin' di alam siber ini kerana kita juga mempunyai segmen pembaca yang sangat ramai. Kita semua boleh insaf serta mengambil iktibar daripada kempen ini dan bersama-sama menyedarkan masyarakat tentang gejala tersebut.

Sebagai permulaan, penulis menjemput para bloggers dan FaceBookers sekalian, tidak kira anda pro-kerajaan atau pun pro-pembangkang, untuk bersama-sama menjayakan kempen 'kami prihatin' di peringkat alam siber ini.

Kita, para bloggers dan FaceBookers, boleh membantu dengan meletakkan logo seperti di bawah di dalam blog dan FB masing-masing tanda keprihatinan kita kepada isu-isu masyarakat di negara ini.

Penulis sentiasa berpendapat bahawa selain daripada isu politik, para bloggers dan FaceBookers mempunyai tanggungjawab yang sangat penting untuk mengenengahkan isu-isu masyarakat seperti penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Penulis juga berharap bahawa mesej 'kami prihatin' perlu diperluaskan agar ianya meliputi kesedaran agama kerana segala yang berlaku bermula daripada pegangan agama yang longgar dan juga pihak ibubapa yang semakin kurang mengambil berat tentang hal ehwal anak masing-masing.

Realitinya, walau pun terdapat perbezaan ideologi politik, kita masih seorang manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras dan tentu sangat prihatin dengan isu-isu masyarakat di negara ini.

Penulis mensasarkan lebih daripada 600 bloggers dan FaceBookers akan turut serta di dalam kempen peringkat siber ini. Untuk beberapa hari ini, penulis akan menyiarkan artikel ini di dalam blog ini. Anda juga boleh menjemput rakan-rakan anda untuk menyertai kempen ini. Penulis akan berusaha untuk mengadakan program susulan selepas ini.

Penulis amat berharap agar bloggers dan facebookers yang sudi turut serta agar dapat memberikan nama blog anda di dalam kolum komentar artikel ini. Begitu juga facebookers di di FB penulis.



Jom.....Kami Prihatin.KLIK DISINI utk memberi sokongan anda

Penulis telah mulai menerima beberapa sokongan daripada bloggers dan facebookers. Terima kasih. Need more support... thank you.

dari laman :http://novandri.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails