ini antara resepi atau menu utk ibu2 yg baru lepas bersalin.Kadang2 jemu juga kalau makan makanan yg same selama 40 hari @ mungkin lebih bagi betul2 nak jaga kesihatan..ikan masak singgang ni warna kuning sebab campur kunyit.kalau kat kg.saya,panggil gulai masam..sangat simple tapi membuka selera .Tak dalam pantang pon bole makan..sedap!!!
Ikan masak singgang
Bahan – bahan
- 2 ekor Ikan selar /cencaru/merah(kalau ikan besar, di potong dua)
- Setengah inci kunyit hidup
- Setengah inci lengkuas
- Sedikit asam keping
- 2 atau 3 ulas bawang putih
- Seulas bawang merah
- Ketumbar (kalau suka boleh letak)
- cili besar(kalau dah lebih 20 hari bolela mkn sket2 tapi buang bijinya ya!)
Cara – cara memasak
Potong halus semua bahan, masukkan air kedalam periuk, dan panaskan periuk yang telah diisi dengan air dan rempah ratus tadi. Selepas air menggelegak, masukkan ikan, cili dan biarkan seketika sehingga ikan empuk sebelum api ditutup.
-selamat mencuba-

No comments:
Post a Comment