apa agaknya punca-punca berlaku bengkak kaki @odema ya?
Oedema atau bengkak kaki berlaku akibat dari pengumpulan cecair dibawah kulit yg berlebihan semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.
Terdapat 2 jenis Oedema iaitu :
Pitting - Apabila jejari menekan kawasan yg bengkak, kesan jejari akan kelihatan
Non Pitting - Tidak ada kesan yg tertinggal apabila jejari menekan kawasan yg bengkak itu.
odema terjadi disebabkan oleh:
- Masalah Buah Pinggang
- Tekanan Darah Yg Tinggi
- Tekanan Dalam Saluran Lymphatic Yg Tinggi
- Masalah Jantung
- Tekanan Ke Atas saluran darah (IVC) - Paling kerap kali berlaku disebabkan rahim yg berat menekan ke atas saluran darah IVC, menyebabkan tekanan tinggi. Cecair dalam darah akan keluar ke bawah kulit. dalam hal ini intra-verikos sering terjadi
1.Doktor akan mernyarankan kepada ibu hamil agar mengamalkan berbaring sebentar pada waktu siang hari supaya tekanan akan berkurangan ke atas saluran darah.
2.Ubat-ubatan untuk mengelakkan kencing (diuretic) digunakan oleh doktor
3.Sekiranya ada saluran darah yg bengkak, ubat dafilon, stokin elastic turut digunakan.
Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut::
- Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan
- Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.Letakkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.
- Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.(Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda)
- Rendam kaki dalam air sejuk.Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan paha. Ulangi selama beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.
- Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang hamil.
- Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
- Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
- Minum air secukupnya.Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
- Gunakan kasut dan stokin yang selesa.Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki. Jangan pilih yang ketat.
- Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
- Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
- Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.
- Berjumpa doktor dengan kadar segera jika bengkak kaki berlarutan atau menjadi teruk.Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak yang anda alami agak berlainan disamping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih 1 kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan
Petua kurangkan Bengkak kaki :
1.Campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawat 3 kali. Seeloknya disapu pada waktu hendak tidur.
2.Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
3.Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.
peringatan
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
- muka atau keliling mata bengkak.
- tekanan darah tinggi.
- kencing kotor.
- sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.
Sumber dipetik :Babycenter.com.my,bidanbersalin.blogspot.com
1 comment:
salam kak..mcm tu la kaki saye..huhu..
Post a Comment