Wednesday, March 20, 2024

BROWNIES KEDUT

         
                                                                BROWNIES KEDUT
                                
                                                             sumber resepi : azlita ita
                                                        olahan: daporopahcik(kakcha)

Brownies atau kata nama lainnya kek bantat. sejenis kek yang tak berapa gebu macam kek span dan lain-lain kek. Jadi jangan pelik pula bila pertama kali anda memakannya ya. keknya terasa padat dan penuh dengan rasa coklat. Proses pembuatannya juga ringkas dan tidak memerlukan mesin pengadun. 
resepi asal kakcha ambil dari blog  kak azlita ita .terimakasih daun keladi.


BAHAN-BAHAN:

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate( kakcha guna beryls @ apa-apa jenama)
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A ( kakcha guna gred B )
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

loyang petak 10x10 inci
partcment paper (kertas kek)

untuk hiasan dan drizzle 
coklat kompuan /masakan yg dicairkan dengan kaedah double boil (tambahkan sedikit minyak masak utk mencairkan coklat semasa double boild)

CARA-CARA:

1.Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

2.Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

3.Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 

4.Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

5.Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

6.Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.(TIPS UNTUK DAPATKAN KEDUT)

7.Bila dah sejuk, bolehlah di potong  dan dihias dengan coklat yang telah dicairkan . boleh hias mengikut kreativiti masing-masing dan sedia untuk di nikmati.




NOTA:
Untuk dapatkan brownies yang sedap sebaiknya guna coklat masakkan /kompouan coklat dan serbuk koko yang baik kualiti dan mutunya


No comments:

Related Posts with Thumbnails