Wednesday, March 20, 2024

BROWNIES KEDUT

         
                                                                BROWNIES KEDUT
                                
                                                             sumber resepi : azlita ita
                                                        olahan: daporopahcik(kakcha)

Brownies atau kata nama lainnya kek bantat. sejenis kek yang tak berapa gebu macam kek span dan lain-lain kek. Jadi jangan pelik pula bila pertama kali anda memakannya ya. keknya terasa padat dan penuh dengan rasa coklat. Proses pembuatannya juga ringkas dan tidak memerlukan mesin pengadun. 
resepi asal kakcha ambil dari blog  kak azlita ita .terimakasih daun keladi.


BAHAN-BAHAN:

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate( kakcha guna beryls @ apa-apa jenama)
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A ( kakcha guna gred B )
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

loyang petak 10x10 inci
partcment paper (kertas kek)

untuk hiasan dan drizzle 
coklat kompuan /masakan yg dicairkan dengan kaedah double boil (tambahkan sedikit minyak masak utk mencairkan coklat semasa double boild)

CARA-CARA:

1.Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

2.Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

3.Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 

4.Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

5.Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

6.Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.(TIPS UNTUK DAPATKAN KEDUT)

7.Bila dah sejuk, bolehlah di potong  dan dihias dengan coklat yang telah dicairkan . boleh hias mengikut kreativiti masing-masing dan sedia untuk di nikmati.




NOTA:
Untuk dapatkan brownies yang sedap sebaiknya guna coklat masakkan /kompouan coklat dan serbuk koko yang baik kualiti dan mutunya


Tuesday, March 19, 2024

RESEPI BUAH MELAKA @ONDE-ONDE

Buah melaka 

sumber resepi: che nom
sumber gambar: google


contoh gula melaka



Bila ramadan tiba,kuih ini la menjadi 'favourite' iftar . mulala godek-godek mencari resepi kan. Antara resepi terbaik kakcha selalu cuba adalah dari che' nom . bahan-bahan pun tak susah mana,nak buat pun senang .insyaa-Allah menjadi dan sedap.

  • Bahan-bahan untuk jus pandan:
    • 5-6 helai daun pandan
    • 1 1/2 cawan air
  • Bahan-bahan lain:
    • 1 cawan tepung pulut
    • 2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum (kakcha guna tpg gandum)
    • 1/4 sudu kecil pewarna hijau
    • gula nisan/ gula melaka secukupnya

    • air rebusan secukupnya
    • 1/2 biji kelapa parut
    • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

doh

  1. Gunting kasar daun pandan, bland dengan air dan tapis dan ambil airnya.
  2. Masukkan tepung pulut dan tepung beras,
  3. Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan pewarna hijau (optional).
  5. Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan.
inti gula melaka
  1. Potong kepada kiub kecil gula nisan @ gula melaka.
kelapa salutan kuih
  1. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).

cara-cara:

  1. mula-mula Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya tidak  padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti.
  2. Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.
  3. ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
  4. Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.masukkan ke dalam air panas .
  5. Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
  6. siap.sedia untuk dimakan.

  • Tip:
  • Doh jangan sikit sangat takut pecah keluar air gula bila rebus nanti.
  • kakcha suka letak daun pandan dalam periuk air panas supaya harum wangi.

Tuesday, February 8, 2011

Tahun 2011 tahun mempunyai 4 tanggal yang aneh

Tahun 2011 tahun mempunyai 4 tanggal yang aneh iaitu :
1.1.11 > 11.1.11 > 1.11.11 > 11.11.11

Sekarang cuba ini : ...ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda di campur umur anda pd tahun ini. Hasilnya pasti =111

Subhanallah begitu hebat dan halusnya Allah s.w.t dgn ciptaannya... Allahuakbar!!!









Tuesday, December 21, 2010

doa untuk mendapat anak

Doa Untuk Mendapat Zuriat / Cahayamata

Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku sendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik" (Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).





Info Doa: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.


Related Posts with Thumbnails